di persisiran bukit badak ini ia bermula...

setelah bertungkus lumus selama 2 tahun akhirnya kita menemui tempat untuk semua kaki-kaki off-road bertemu,
berbincang dan bertukar-tukar pengalaman serta bermulalah era baru bagi dunia 4x4 kita bersama di sini....

15hb Julai 2008

Cari..Jual..Beli


ShoutMix chat widget

Khamis

Sejarah Hippohill bermula

Bulan 7 bulan keramat. Pada 15hb Julai 2008 kita semua telah menemui sebuah rumah terletak di pinggiran Bukit Badak, Klang untuk di jadikan base kita semua. Bukan untuk Team Blackwind sahaja, malah untuk semua kaki-kaki off-road terutamanya kaki Pajero. Dengan bantuan rakan-rakan maka reality tercipta dan sejak dari itu semua kaki-kaki 4x4 berjumpa di sini. Boleh di katakan "semua ada" di sini. Servis ada, repair ada, jual beli barang ada, borak-borak ada dan yang lebih penting pertemuan dan persahabatan bertambah-tambah lagi lah ada di sini.

HIDUP HIPPOHILL!!!!





Kita kasi try Kemar dan Dala lagi

Pada 19 Mei 2008 team blackwind buat repeat ke pos Kemar, masuk dari Lasah, Sg Siput. Kali ini kami prepare habis-habisan dengan membawa ramai tenaga kerana dulunya kami terpaksa berpatah balik...sebab tanah runtuh...pada musim hujan.

Kali ini cuaca cukup baik dan team blackwind berjaya tiba di pos Kemar setelah perjalanan sejauh 56km jalan off-road. Nampaknya trip kali ini cukup mudah kerana jalan kering. Bermalam di pos Kemar dan esoknya berpatah balik ke Sg Dala untuk keluar melalui Air Ganda.



Perjalanan agak tersangkut-sangkut memandangkan k4 ada problem. k3 terpaksa keluar ke pekan Sg Siput untuk mencari parts. Berjaya dapat parts dan siap repair k4 hampir jam 7.30 malam. Team terpaksa bergerak malam menuju ke Sg Dala. Atas saranan kapten kami...sdr chip.




Team blackwind sesat di dalam kegelapan kerana kurang pasti jalan ke Dala. Apa pun blackwind meneruskan perjalan juga dengan teliti dan sabar dan akhirnya tiba di Sg Dala jam 11.00 pagi esoknya. Berjaya juga......





Hurayy... kami berjaya cross sungai Dala kali ini dengan mudah dan dengan sedikit bantuan Pto masing-masing.....



Selamat tinggal Sg Dala..... Satu trip yang mencabar mental dan teamwork!!

Ahad

Sesekali famili trip memang best!!!

Mana achii!!! asyik kita je keluar off-road. Jadi pada 10hb Februari team 'blackwind' adakan trip famili. Bertolak dari Klang ke Penang kemudian ke BM seterusnya ke Puncak Janing, Kuala Nerang, Kedah dan bermalam di sana. Esoknya ke Bukit Bunga, Kelantan dan bermalam di Gunung Stong. Meneruskan perjalanan dan bermalam di Cameron Highland. Esoknya singgah di Freaser Hill sebelum pulang kembali di Klang. Memang seronok bersama.... seperti satu keluarga yang cukup besar.... Nanti kita pergi lagi.....





Sabtu

Melalui Sg Siput ke Dala pada 24hb Disember 2007

Kalau dah gian ber off-road tu... mana di ajak pun jadi! Trip seterusnya team blackwind ke Sg Siput masuk melalui Lasah bertujuan ke Kemar.... Tapi tak kesampaian kerana tanah runtuh... Apa boleh buat pajero kami belum cukup berani melalui jalan hard-core. Kami berpatah balik keluar ikut lasah kemudian bermalan di Desa Rimba Resort di Padang Rengas. Esoknya menuju ke Air Ganda masuk melalui ladang dan tiba di Dala selepas 3 jam perjalanan.





Alamak!! ingatkan senang je cross sungai Dala ni... tersangkut di dalam mud pool selepas cross sungai. Cubaan mengunakan pto gagal setelah lam kami putus... Over night kami usaha keluarkan k6 (pajero tok pol masa tu) sehingga 21 jam lamanya dan terpaksa bermalan di tebing Sg Dala tu. Segala hubungan terputus sebab masa tu kami belum ada radio lagi...... Kena beli juga la kalau macam ni....




Apa pun kami berjaya juga keluar dari sg Dala keesokkan harinya melalui Lasah dan bertemu dengan rakan-rakan yang turun dari Shah Alam di pekan Sg Siput.... yang telah bergegas mencari kami setelah terputus hubungan selama 24 jam... Kami semua ok... Rasa sungguh advanture kali ni.... Off-road tetap kita pergi... (nasib baik bini semua ok je).

Projek side-step oleh chip

Cabaran off-road mencabar Chip untuk bikin side-step sendiri... Idea dan teknikal side-step ini telah di ajar oleh master Alex dari 4x4 kepong.. Ok! sekarang di Hippohill dah boleh keluarkan side-step sendiri... dan untuk kaki-kaki off-road semua.... nak tempah? call aje chip @ 019-2205850....

Laluan Ulu Slim kami cari

Setelah mendengar kisah bahawa ada laluan off-road di Ulu Slim, maka kami try cari pada pagi ahad 21 Nov 2007. Bertolak dari Shah Alam seawal 7 pagi dan tiba di kg Ulu Slim perkena roti canai dan mula bertanya-tanya orang laluan off-road di situ. Ooo! memang menarik tempatnya, melalui ladang menuju ke kampung orang asli dengan sungai yang menawan hati...Ada air terjun lagi... Ini lah laluan awal kami mencuba dan memang tak menyesal.... Best!!!!