di persisiran bukit badak ini ia bermula...

setelah bertungkus lumus selama 2 tahun akhirnya kita menemui tempat untuk semua kaki-kaki off-road bertemu,
berbincang dan bertukar-tukar pengalaman serta bermulalah era baru bagi dunia 4x4 kita bersama di sini....

15hb Julai 2008

Cari..Jual..Beli


ShoutMix chat widget

Khamis

Kita kasi try Kemar dan Dala lagi

Pada 19 Mei 2008 team blackwind buat repeat ke pos Kemar, masuk dari Lasah, Sg Siput. Kali ini kami prepare habis-habisan dengan membawa ramai tenaga kerana dulunya kami terpaksa berpatah balik...sebab tanah runtuh...pada musim hujan.

Kali ini cuaca cukup baik dan team blackwind berjaya tiba di pos Kemar setelah perjalanan sejauh 56km jalan off-road. Nampaknya trip kali ini cukup mudah kerana jalan kering. Bermalam di pos Kemar dan esoknya berpatah balik ke Sg Dala untuk keluar melalui Air Ganda.



Perjalanan agak tersangkut-sangkut memandangkan k4 ada problem. k3 terpaksa keluar ke pekan Sg Siput untuk mencari parts. Berjaya dapat parts dan siap repair k4 hampir jam 7.30 malam. Team terpaksa bergerak malam menuju ke Sg Dala. Atas saranan kapten kami...sdr chip.




Team blackwind sesat di dalam kegelapan kerana kurang pasti jalan ke Dala. Apa pun blackwind meneruskan perjalan juga dengan teliti dan sabar dan akhirnya tiba di Sg Dala jam 11.00 pagi esoknya. Berjaya juga......





Hurayy... kami berjaya cross sungai Dala kali ini dengan mudah dan dengan sedikit bantuan Pto masing-masing.....



Selamat tinggal Sg Dala..... Satu trip yang mencabar mental dan teamwork!!

Tiada ulasan: