di persisiran bukit badak ini ia bermula...

setelah bertungkus lumus selama 2 tahun akhirnya kita menemui tempat untuk semua kaki-kaki off-road bertemu,
berbincang dan bertukar-tukar pengalaman serta bermulalah era baru bagi dunia 4x4 kita bersama di sini....

15hb Julai 2008

Cari..Jual..Beli


ShoutMix chat widget

Sabtu

Melalui Sg Siput ke Dala pada 24hb Disember 2007

Kalau dah gian ber off-road tu... mana di ajak pun jadi! Trip seterusnya team blackwind ke Sg Siput masuk melalui Lasah bertujuan ke Kemar.... Tapi tak kesampaian kerana tanah runtuh... Apa boleh buat pajero kami belum cukup berani melalui jalan hard-core. Kami berpatah balik keluar ikut lasah kemudian bermalan di Desa Rimba Resort di Padang Rengas. Esoknya menuju ke Air Ganda masuk melalui ladang dan tiba di Dala selepas 3 jam perjalanan.





Alamak!! ingatkan senang je cross sungai Dala ni... tersangkut di dalam mud pool selepas cross sungai. Cubaan mengunakan pto gagal setelah lam kami putus... Over night kami usaha keluarkan k6 (pajero tok pol masa tu) sehingga 21 jam lamanya dan terpaksa bermalan di tebing Sg Dala tu. Segala hubungan terputus sebab masa tu kami belum ada radio lagi...... Kena beli juga la kalau macam ni....




Apa pun kami berjaya juga keluar dari sg Dala keesokkan harinya melalui Lasah dan bertemu dengan rakan-rakan yang turun dari Shah Alam di pekan Sg Siput.... yang telah bergegas mencari kami setelah terputus hubungan selama 24 jam... Kami semua ok... Rasa sungguh advanture kali ni.... Off-road tetap kita pergi... (nasib baik bini semua ok je).

Tiada ulasan: